Adding the JavaScript kakikerja

January 17, 2018

Resipi Masak Rendang Kunyit Hidup- Fresh Turmeric

Assalamualaikum

Hi korang, hari ini aku nak kongsi satu resipi masakan yang sangat sesuai bagi korang yang nak sihat dalaman dan nak kulit cantik tetapi tak gemar makan secara semulajadi sebagai contoh ulam-ulaman. Ada yang tau tak kunyit hidup boleh di buat ulam? pelik kan makan kunyit hidup ngehh,,kunyit yang letak dalam masakan singgang pun kita tak makan ape tah lagi yang segar.























Selain daripada minum jus asam kunyit yang ada dipasaran sekarang atau yang digunapakai dalam masakan (serbuk), makan kunyit hidup yang segar sebagai medium utama dalam masakan pun sangat baik untuk kesihatan korang. yang penting zat daripada kunyit yang kita perlukan untuk kesihatan usus dan kulit dan banyak lagi manfaat daripada amalan pemakanan kunyit. Okey jom lihat resipi dibawah.

Bahan :

kunyit Hidup
Serai
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah (india)
Chili Kering - Rebus
Chili Kecil
Santan Segar
Kerisik Segar
Serbuk kari ayam/daging Faiza
Organik Molasses Sugar
Garam Pink Hilmalaya
Apple Cider Vinager





























Mudahkan bahan-bahan nak buat? petik jari je, gituuu haha. langkah pertama Kopek kulit kunyit dan hiris nipis. Kemudian kisar dengan air serai, halia, bawang putih, bawang merah chili kering dan chili kecil sehingga menjadi pes.





























Dalam kuali korang panaskan minyak olive atau apa-apa minyak. nak sihat pakai minyak olive atau minyak kelapa. panaskan bahan kisar. kemudian masukan serbuk kari sebaiknya di bancuh terlebih dahulu sehingga menjadi pes. Kacau bersama dalam kuali.

Masukan santan dan kacau.selepas beberapa minit masukan bahan utama iaitu kunyit hidup. kemudianya masukan kerisik, organik molases sugar, garam pink, dan ACV secukupnya. mesti korang tertanya kenapa aku pakai gula organik, garam pink dan ACV? ke tak tanya? ke aku sorang je yang perasan? haha. sebenarnya aku nak jadikan resipi ini lebih sihat daripada biasa.






























Nie gambar tengah masak duk dalam kuali lagi, gambar dah siap lupa lak nak ambil. Masak sehingga nampak kekeringan dan warna bertukar. Senang dan sihat.

Selamat mencuba.